dr. rabiahtul binti zulkafli

pensyarah universiti

jabatan sains bumi & alam sekitar

 rabiahtulzulkafli@ukm.edu.my



   Biografi/ Biography :

  • Rabiahtul Zulkafli adalah pensyarah kanan di Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran dan Sarjana daripada UKM dalam bidang Sains Bahan. Penyelidikan beliau berfokus kepada kakisan terpengaruh bakteria dan kakisan CO2 terhadap keluli karbon dalam persekitaran marin. Bidang kajian beliau melibatkan dua disiplin ilmu, iaitu sains bahan dan aplikasi dalam bidang sains marin. Beliau merasakan bahawa, pelajar yang didedahkan kepada bidang ini akan mendapat pengetahuan bukan sahaja satu bidang, malah merentas dua bidang keilmuan. Beliau turut terlibat secara aktif dalam kumpulan penyelidikannya berkolaborasi bersama industri minyak dan gas. Beliau pernah menerima beberapa anugerah dalam pertandingan penyelidikan dan inovasi sejak tahun 2012. Beliau juga merupakan seorang ahli teknologi profesional berdaftar dalam bidang Sains Bahan dengan MBOT.
    Rabiahtul Zulkafli is a senior lecturer at the Department of Earth and Environmental Sciences, Faculty of Science and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia. She obtained a Doctorate and Master`s Degree from UKM in the field of Materials Science. Her research focuses on microbiology influenced corrosion and CO2 corrosion of carbon steel in marine environments. Her field of study involves two scientific disciplines, namely materials science and application in the field of marine science. She feels that students who are exposed to this field will gain knowledge not only in one field but across two fields of knowledge. She is also actively involved in her research group, collaborating with the oil and gas industry. She has received several awards in research and innovation competitions since 2012. Additionally, she holds an MBOT registration as a professional technologist in Materials Science.