ir. ts. dr. mohamad xazaquan bin mansor ali

pensyarah universiti

pusat kajian pembangunan, sosial & persekitaran (seeds)

 xazaquan@ukm.edu.my



   Biografi/ Biography :

  • Ir Ts Dr Mohamad Xazaquan Bin Mansor Ali ialah seorang jurutera profesional, ahli teknologi profesional dan pakar keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Beliau kini merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebelum ini, beliau merupakan Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Malaysia selama 15 tahun. Beliau berkelulusan PhD dalam Pengurusan Alam Sekitar dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dr Mohamad Xazaquan pernah memainkan peranan penting dalam pembangunan Dasar KKP Negara, Pelan Induk KKP, menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan peraturan serta menerajui projek penyelidikan KKP di bawah RMKE. Kerja penyelidikan beliau semasa PhD mengenai keselamatan pekerjaan telah diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi.
    Ir Ts Dr Mohamad Xazaquan Bin Mansor Ali is a professional engineer, professional technologist and occupational health and safety expert. He is currently a Senior Lecturer at the National University of Malaysia (UKM). Previously, he was a Senior Assistant Director in the Department of Occupational Safety and Health (DOSH), Malaysia for 15 years. He holds a PhD in Environmental Management from Universiti Kebangsaan Malaysia, a Master’s Degree in Mechanical Engineering from Universiti Teknologi Malaysia and a Bachelor’s Degree in Mechanical Engineering from Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dr Mohamad Xazaquan played a key role in the development of the National OSH Policy, OSH Master Plan, conducting inspections and enforcing regulations as well as leading OSH research projects under RMKE. His research work during his PhD on occupational safety has been published in high impact journals.