dr. aziatul waznah binti ghazali

pensyarah universiti

pusat kajian keutuhan tadbir urus & akauntabiliti (grace)

 aziatul.ghazali@ukm.edu.my

No. rasmi:
UKM : 03 8921 5555



   Biografi/ Biography :

  • Dr Aziatul Waznah Ghazali memiliki Diploma Perakaunan dan Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama dari University of Strathclyde, Scotland. Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana yang kedua pada 2014 dan melanjutkan pengajian PhD, yang juga dalam bidang perakaunan dari Kingston University London pada 2018. Kerjaya akademik beliau bermula dengan pelantikannya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 2010. Beliau kemudian dilantik sebagai pensyarah kanan pada 2019 di Universiti Sains Malaysia (USM). Dr Aziatul mengkhusus dalam kajian kuantitatif yang melibatkan pelaporan kewangan, tadbir urus korporat, pengauditan dan kriminologi kewangan. Beliau juga berminat dalam penyelidikan berkaitanperusahaan sosial, serta dalam pelaporan alam sekitar dan mampan. Karya beliau berdasarkan penyelidikan tersebut telah diterbitkan dalam jurnal berwasit yang mantap, prosiding antarabangsa, serantau dan nasional, serta laporan teknikal dan modul latihan. Dari segi pengiktirafan dan anugerah untuk inovasi produk, Dr Aziatul telah memenangi pelbagai pingat emas, perak dan gangsa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti IIDEX, PECIPTA, dan MTE.
    Dr Aziatul Waznah Ghazali holds a Diploma in Accounting and Bachelor in Accounting from Universiti Teknologi MARA and a Masters degree in the same field from University of Strathclyde, Scotland. She obtained another Masters degree in 2014 and pursue her PhD, which is also in the area of accounting from Kingston University London in 2018. Dr Aziatul’s academic career began with her appointment as a lecturer at Universiti Teknologi MARA (UiTM) in 2010. She was then appointed as a senior lecturer in 2019 at Universiti Sains Malaysia (USM). As for her research interest, she specialises in quantitative studies involving financial reporting, corporate governance, auditing and financial criminology. She also has a keen interest in social enterprises, as well as in environmental and sustainable reporting. Her works based on those researches have been published in established refereed journals, international, regional, and national proceedings, as well as technical reports and training modules. In terms of recognition and award for product innovation, Dr Aziatul has won numerous gold, silver and bronze medals both at national and international level such as IIDEX, PECIPTA, and MTE.